NGERINYA.....

Semalam terbaca artikel ini...waaaaaaa ngerinya rasa.... tp jadikan teladan.....Nauzubillah..mintak2 kita semua dijauhkan dgn kejadian mcm ni...

Meraung dakap mayat

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Seorang ibu meraung sambil mendakap erat mayat anak perempuannya yang terbunuh apabila kereta dipandunya tiba-tiba mengundur sebelum menggilis kepala mangsa hingga pecah.

Dalam kejadian ngeri di Jalan 25/70A, Sri Hartamas kira-kira jam 2 petang semalam, ibu warga Korea berusia 20-an terbabit dikatakan tertekan gear mengundur menyebabkan tayar belakang menggilis kepala anaknya yang kebetulan berada di belakang kereta itu.

Sebelum itu, mangsa, Isabel Chong, 3, dan bapanya sudah turun awal dari kereta untuk makan di restoran berhampiran manakala ibunya masih dalam kereta.

Mangsa berada di belakang kereta kerana mahu menunggu ibunya.


Kemalangan ngeri itu menyebabkan Isabel yang memakai kemeja-T dan seluar pendek merah jambu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala

Mayat mangsa terperosok di bawah kereta sambil ibunya menangis dan cuba menolak kereta berkenaan.

Wanita itu yang tidak dapat menahan kesal atas perbuatan yang disifatkannya sebagai kecuaian hingga membunuh anaknya sendiri menghantuk kepalanya berulang kali pada kereta.

Seorang saksi, Shahidah Hussin, 19, berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di kedai menjual peralatan kamera tidak jauh dari tempat kejadian.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi objek meletup di luar kedai sebelum mendapati sebuah Proton Wira terbabas menaiki bahu jalan sebelum melanggar pokok.

“Orang ramai kemudian berpusu-pusu mengelilingi tempat kejadian dan melihat seorang wanita muda menangis berikutan terdapat sekujur tubuh kanak-kanak di bawah kereta terbabit berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit dipercayai ibu kanak-kanak itu menjerit sambil menghantuk kepalanya pada kereta.

Orang ramai yang simpati berusaha mengangkat kereta itu sebelum mayat mangsa ditarik keluar.

“Sebaik mayat kanak-kanak itu dikeluarkan, ibu mangsa segera memeluk mayat anaknya sambil meraung kesedihan tanpa menghiraukan orang ramai melihatnya,” katanya.

Menurutnya, suami mangsa yang turut berada di situ jadi tidak keruan sebelum anggota polis tiba bagi mententeramkan keadaan.

“Selepas dipujuk, ibu kanak-kanak malang itu yang menangis tidak henti berjaya ditenteramkan sebelum mayat diusung menaiki pacuan empat roda polis untuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Sementara itu, sumber polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika wanita terbabit, Tan Lih Ying, 29, cuba memperbetulkan kedudukan keretanya sebelum dipercayai tersilap memasukkan gear.

Menurutnya, kereta terbabit mengundur tiba-tiba lalu menggilis kepala anaknya itu yang berdiri di belakang kereta berkenaan.

“Difahamkan, sebelum kejadian, suami wanita terbabit baru saja keluar dari kereta bersama anaknya itu untuk ke restoran berhampiran. Bagaimanapun, kereta itu tiba-tiba mengundur sebelum tayar hadapan dan belakang kereta itu menggilis kepala mangsa.

“Anggota perubatan Emergency Resource Management yang tiba beberapa minit kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum polis dihubungi bagi menjalankan siasatan,” katanya.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Eu Gene Chong, 27, enggan ditemuramah wartawan sebaik ditemui di perkarangan Bilik Mayat HKL.

Eu yang masih trauma bertindak menghalau wartawan yang cuba menghampiri sebelum pasangan berkenaan beredar dari hospital berkenaan jam 4.30 petang.

Difahamkan, polis sehingga kini belum mengambil keterangan daripada suri rumah berusia 29 tahun berikutan wanita terbabit masih trauma.

emel Emel Artikel cetak

HEPY MOTHER'S DAY...



SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI MALAYSIA...

SALAM SYUKUR YANG TAK TERHINGGA KERANA KITA DIBERI PELUANG MENJADI IBU...DAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA IBUKU ( MA ) KERANA MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN KAMI 8 BERADIK...WE LOVED YOU SO MUCH...JUGA KEPADA MIL ( MAK) KERANA MELAHIRKAN SEORANG ANAK YANG SANGAT BAIK & PENYANYANG( MY HUBBY LAAA)...JASA IBU TAK DE GANTINYA...SAYANGI IBU SEPENUH HATI...TANPA IBU...TIADA LA KITA DIDUNIA INI...


SZ NAK KONGSIKAN CERITA INI.DAPAT EMAIL DARI SEORANG KAWAN...HAYATI LAH....

Tangan Yang Indah
Kepada sesiapa yang masih ada ibu...


Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...


" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA".

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

CANTIK PLAK BENDA ALAH NI...

Cuba renung gambar3 di bawah ni...tengok..belek...boleh teka x ape??

peti harta karun ke???

rumah Alissa ke???

canteknyer pintu..

kasut saper??

menara effeil(betul ke eja ni?)

kala jengking yang garang...

pakcik tgh berehat...penat...


salah2...semua gambar diatas adalah...KEK...mcmane dorg decorate ek??mesti tension giler..ni baru boleh wat emosi terganggu Mama Mya ooii..hehe...