WHATS A BAD DAY????

Nape la malang sgt ari ni???Pagi ni sepatutnye aku msk kul 7.30pagi..tapi aku sampai hospital kul 8.30pagi...arghhhhhh...terpaksalah aku balik 4.30ptg..kenapa?ni la padahnyer orang yang x suka simpan duit dalam wallet..harapkan duit suami je masa jalan...padan muka aku...
Pagi2 dah malu..aku masuk lorong smartag..alamak!!!!duit x de dalam smartag..so aku terpaksa la reverse...huhuhu..mesti org belakang aku gelak besar...
Tanpa berpikir aku g la lorong tunai...lepas ambik kad..aku pun teringat la...dalam wallet aku...kosong sen..............alamak!!aku cek dalam laci..ada 50cen jer..tol aku rm3.80..macamane ni?nak dijadikan malang lagi hp aku x der bateri...oh no..
So nak tak nak aku drive la sampai ke hentian r&r...malangnyer atm OUT OF SERVICE..........
kesian anak ibu..baru nak tido ibu dah kejut..jadi aku teruskan je..tawakal la n dalam hati doa ada la jupe atm kat stesen minyak..tapi nasib x menyebelahi..plaza tol 1km dihadapan...ohhhh...
aku pun wat muka sardin cakap kat tol girl tu "dik..akak x der duit nak bayar...akak cari atm x de..kat hentian OUT OF SERVICE.dia call bos dia..so tau kena camner?
KENA LANGGAR PALANG TOL...aper? calar la kete..tapi dia cakap x calar..so dgn perasaan yg malunye aku langgar la...pastu g stesen petronas..nsb baik ada atm n ada la duit...
Pastu tnye la adik cashier kat ne public..dai ckp x der..aku pun bal..tp baru jer nak kuar..dia pggl.."akak ada emergency ke?ambik la guna hp saya"..ada jgk bdk baik cam dia..THANKS DIK...
Pastu aku U turn la balik..dah sesat masuk bandar bkt raja...pusing2 lastly aku jupe jalan kuar..
Bayangkan la..dari bukit beruntung aku habiskan minyak sampai ke bkt raja klang...
So,moral of the Story...
*Makesure ada duit spare dalam kete
*hp mesti ada bateri
oh malangnyer..n letih sgt kejar sana kejar sini

Alissa says hello to uncle salmon....



SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA
SUZI, SAIFUL & ALISSAZALIYA

Darah tinggi: Pembunuh Senyap

Bersama:DATUK DR. NOR IZHAM AZIZ (Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka)
TEKANAN darah tinggi (hipertensi) kadang-kala digelar “pembunuh senyap” kerana tidak menunjukkan apa-apa simptom pada peringkat awal tetapi menyebabkan bilangan kematian yang tinggi di kalangan penduduk negara ini dan juga di seluruh dunia.

Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.

Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.

Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.

Darah tinggi adalah penyebab utama penyakit serangan jantung (heart attack) lemah jantung (heart failure), kegagalan buah pinggang dan buta.

Mujurlah penyakit ini senang dikesan dan boleh dikawal dengan menukar gaya hidup dan pengubatan.

* Fisiologi

Darah biasanya mengalir dalam dua fasa iaitu:

* Sistolik; apabila jantung berdenyut, darah mengalir keluar dari jantung dan tekanan darah akan naik.

* Diastolik; apabila jantung berehat seketika serta diisi dengan darah untuk denyutan selanjutnya, menyebabkan tekanan darah turun seketika.

Ini bermakna tekanan darah akan turun dan naik mengikut denyutan jantung.

Ini menyebabkan tekanan darah mengandungi dua nilai iaitu sistolik yang tinggi dan diastolik yang rendah, contohnya 120/80 milimeter (mm) merkuri (Hg).

Tekanan darah juga berubah dari masa ke semasa sepanjang hari disebabkan emosi dan keadaan tubuh badan kita. Sebagai contoh, tekanan naik semasa bersukan dan tekanan turun sewaktu tidur.

Tiga jenis hormon dari kelenjar adrenal iaitu adrenaline, noradrenaline dan aldosterone turut mempengaruhi tekanan darah. Rangkaian urat saraf dan hormon tadi mempengaruhi tekanan darah di dalam tubuh kita.

Biasanya sistem yang kompleks ini mengawal tekanan darah dan gangguan di dalam sistem ini menyebabkan darah tinggi.

Kira-kira 90 peratus pesakit darah tinggi tidak ada penyebab yang khusus dan ini digelar Essential atau Primanory Hypertension.

Beberapa faktor dapat dikenali mempunyai kaitan dengan Primanory Hypertension seperti tabiat pemakanan, aktiviti fizikal dan juga keadaan persekitaran.

Fakta lain seperti kandungan garam dan lemak yang tinggi di dalam diet, obesiti dan kegemukan, kurang senaman serta kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mengandungi nilai potassium yang tinggi. Selain itu, faktor genetik juga dilihat memainkan peranan penting.

Darah tinggi juga boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit lain dan ini dinamakan “secondary hypertension” yang membabitkan lima peratus dari jumlah kes.

Penyakit-penyakit tersebut ialah kegagalan fungsi buah pinggang (kidney failure), penyempitan pembuluh darah ke buah pinggang, tumor di kelenjar adrenal dan penyempitan pembuluh darah besar aorta.

Penyempitan pembuluh darah ini kadang kala dapat dirawat dengan pembedahan dan boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, sesetengah jenis ubat juga boleh menyebabkan darah tinggi seperti steroid, cyclosporine, anti-depressant (kemurungan) dan ubat untuk sakit sendi dan tulang jenis NSAID (ubat antikeradangan bukan jenis steroid).

* Simptom atau petanda darah tinggi

Darah tinggi pada peringkat awal tidak memberi sebarang petanda dan kadangkala tidak dapat dikesan hingga bertahun lamanya.

Kadangkala, pesakit akan mengalami sakit kepala tetapi biasanya darah tinggi dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Selalu juga tanda pertama darah tinggi ialah apabila pesakit menghidap komplikasi seperti strok, serangan jantung, lemah jantung atau masalah buah pinggang.

Kadang kala pesakit datang ke hospital dalam keadaan krisis dan tekanan darah melebihi 200/120 mm Hg.

Tekanan darah yang tinggi sebegini boleh menyebabkan sakit dada, sesak nafas, sakit kepala, gangguan penglihatan, muntah-

muntah dan juga sawan.

* Klasifikasi darah tinggi

Darah tinggi boleh diklasifikasikan mengikut tahap tekanan darah (mm Hg) seperti berikut:

KATEGORI Sistolik Diastolik

Optimum - <120<80

Normal - 120-129 80-84

Normal Tinggi - 130-139 - 85-89

Hipertensi Gred 1 (Ringan) - 140-159 - 90-99

Hipertensi Gred 2 (Sederhana) - 160-179 - 100-109

Hipertensi Gred 3 (Teruk) - >/180 - >/110

Hipertensi Sistolik Terpencil - >/140 - <90

Darah tinggi boleh dibezakan di antara sistolik dan diastolik. Biasanya hipertensi sistolik dihadapi oleh pesakit yang berumur 60 tahun ke atas di mana tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik kurang daripada 90 mm Hg.

Sebaliknya pula, pesakit yang lebih muda mengalami tekanan sistolik melebihi 140 mm Hg dan tekanan diastolik juga melebihi 90 mm Hg.

Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah.

Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring).

Di kalangan pesakit darah tinggi, ada juga yang tekanan darahnya tidak menurun sewaktu tidur dan kumpulan ini digelarkan ‘non dippers’.

Golongan ini didapati menghadapi kadar komplikasi yang lebih tinggi. Ada kajian yang mengatakan bahawa ‘non dippers’ ini disebabkan terlalu banyak kandungan garam (sodium) di dalam darah dan rawatan untuk mengurangkan garam boleh menukar non dippers kepada “nocturnal dippers.”

* Komplikasi dari tekanan darah tinggi

Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang kecil.

Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan penglihatan disebabkan kerosakan mata.

Satu lagi komplikasi ialah ‘atrial fibrillation’ atau degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-kala pening dan sesak nafas.

Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung.

Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut.

* Pencegahan

Pencegahan darah tinggi adalah amat penting disebabkan kerosakan organ boleh bermula apabila tekanan darah melebihi 120/80 mm Hg dan sebelum dapat dikesan oleh doktor.

Pencegahan juga boleh mengelakkan daripada keperluan menggunakan ubat kelak dan merupakan cara yang terbaik untuk mengelak komplikasi.

Cara pencegahan adalah dengan mengubah cara hidup seperti mengurangkan berat badan, kerap bersenam, cara pemakanan yang sihat seperti memakan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan kandungan garam dan lemak dalam masakan.

Kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang seimbang dengan kandungan nutrien penting terutamanya potasium melebihi 4,000 miligram (mg) sehari boleh merendahkan tekanan darah.

Selain itu, memakan sebanyak lima cawan sayur dan buah-buahan, tiga cawan bahan tenusu rendah lemak dan mengurangkan kegunaan garam sebanyak 1,500 mg sehari boleh merendahkan tekanan darah.

* Sindrom metabolik

Berat badan yang tinggi memainkan peranan yang penting dalam apa yang dinamakan sindrom metabolik.

Sindrom ini boleh dikenali dengan adanya obesiti dengan Indeks Jisim Badan (IJB) atau BMI (Basal Metabolic Rate) yang melebihi 25 serta perut buncit selain ukuran pinggang yang melebihi 40 inci untuk lelaki, melebihi 35 inci untuk perempuan, diabetes, darah tinggi, HDL kolesterol (kolesterol baik) yang rendah dan triglyceride yang tinggi.

Kesemua penyakit ini boleh dielak jika kita menjaga berat dan ukuran pinggang yang sesuai. Biasanya jika berat badan dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus, tahap tekanan darah juga dapat diturunkan.

* Diagnosis

Darah tinggi biasanya dikesan semasa pemeriksaan rutin atau semasa berjumpa doktor untuk masalah kesihatan yang lain.

Selalunya doktor akan memeriksa tekanan darah dua atau tiga kali dalam masa yang berasingan untuk memastikan tekanan darah tinggi.

Pesakit dinasihatkan jangan meminum kopi atau teh, jangan hisap rokok selama setengah jam dan berehat selama lima minit sebelum memeriksa tekanan darah.

Alat-alat pemeriksaan darah tinggi jenis elektronik juga boleh digunakan di rumah untuk mengesan golongan “white coat hypertension” dan untuk memantau tekanan darah setiap hari.

Doktor juga boleh menggunakan alat untuk merakamkan tekanan selama 24 jam (24 hours BP monitoring) kerana cara ini lebih tepat dan dapat mengesan golongan ‘non dippers’ yang menghadapi darah tinggi sewaktu tidur.

* Rawatan

Rawatan darah tinggi mementingkan kawalan tekanan yang tidak melebihi 140/90 mm Hg bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit sampingan atau 130/80 bagi mereka yang menghidap diabetes, lemah jantung dan kerosakan buah pinggang.

Penting juga bagi doktor untuk mengesan mereka yang menghidap ‘secondary hypertension’ supaya punca utama darah tinggi dapat dirawat.

Biasanya rawatan darah tinggi dimulakan dengan memperbaiki cara hidup dengan pemakanan yang seimbang, mengamalkan cara hidup yang aktif, melakukan aktiviti fizikal dan senaman jika tekanan darah masih di peringkat satu.

Bagi pesakit dengan tekanan darah didapati terlalu tinggi (peringkat kedua), pesakit harus menggunakan ubat untuk mengawal tekanan darah.

Di kalangan pesakit yang menghidap diabetes, lemah jantung, strok atau kerosakan buah pinggang, ubat biasanya digunakan pada peringkat satu dan tekanan darah perlu dikurangkan hingga ke 130/80 mm Hg.

* Ubat-ubatan

Terdapat pelbagai jenis ubat yang digunakan untuk mengawal tekanan darah. Biasanya doktor memilih ubat mengikut keadaan dan faktor-faktor kesihatan lain yang terdapat pada pesakit.

Contohnya di kalangan pesakit yang berumur 65 tahun ke atas dan menghidap hipertensi sistolik, ubat yang paling berkesan adalah dari kumpulan diuretic dan di kalangan pesakit diabetes pilihan pertama adalah angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau angiotensin receptor blocker.

Jika pesakit menghidap angina atau serangan jantung, beta-blocker adalah pilihan pertama. Di kalangan pesakit dalam peringkat pertama dan tiada tanda-tanda kerosakan organ, perubahan cara hidup boleh dicuba terlebih dahulu selama enam bulan hingga setahun. Jika tekanan darah masih melebihi 140/90 mm Hg, biasanya satu jenis ubat digunakan.

Bagaimanapun di kalangan pesakit yang dalam peringkat kedua, kadangkala doktor memulakan dengan dua jenis ubat dengan serentak.

Terdapat ubat moden di mana dua jenis ubat disatukan di dalam satu pil dan ini menyenangkan pesakit dan menggalakkan mereka kekal memakan ubat setiap hari. Di dalam pemilihan ubat, kos juga menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.

* Rawatan jangka panjang

Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi biasanya menjalani rawatan seumur hidup dan selalunya berjumpa doktor antara satu hingga tiga bulan sekali.

Di kalangan pesakit yang tekanannya tidak terkawal atau menghidapi masalah perubatan seperti sakit jantung, strok atau kerosakan buah pinggang haruslah berjumpa doktor setiap bulan.

Ada setengah pesakit di mana tekanannya susah dikawal dan memerlukan tiga atau empat jenis ubat.

Kajian menunjukkan bahawa 50 peratus daripada pesakit memerlukan satu jenis ubat dan 30 peratus lagi memerlukan dua jenis ubat sementara bakinya pula memerlukan tiga atau empat jenis ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.

Kajian juga menunjukkan bahawa 30 peratus daripada pesakit mempunyai tekanan darah tidak terkawal.

Faktor pertama tekanan tidak terkawal adalah disebabkan ubat yang tidak mencukupi disebabkan pesakit tidak memakan ubat yang diberikan.

Ada kajian yang menunjukkan 50 peratus daripada pesakit berhenti makan ubat dan tidak berjumpa doktor dalam jangka masa setahun selepas bermulanya rawatan.

Hakikat ini boleh difahami kerana penyakit darah tinggi selalunya tidak mendatangkan apa-apa gangguan dan ubat yang dimakan kadangkala menyebabkan kesan sampingan yang mengganggu kehidupan harian pesakit. Tetapi, adalah sangat penting ubat dan rawatan diteruskan memandangkan penyakit-penyakit yang serius yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi yang tidak dikawal.

* Jenis-jenis ubat darah tinggi

* Diuretik

Diuretik mengurangkan kandungan garam dan air di dalam badan dengan mengeluarkan bahan ini di dalam air kencing. Dengan ini tekanan darah dapat dikurangkan.

* Beta-blocker

Beta-blocker menyekat perjalanan hormon adrenaline dan noradrenaline. Ini mengurangkan kekuatan dan kelajuan denyutan jantung dan mengurangkan tekanan darah.

* Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors atau Angiotensin receptor blocker (ARB)

ACE inhibitor dan ARB menyekat enzim yang mengeluarkan angiotensin II, satu bahan yang menyebabkan saluran darah mengecut. Ubat ini mengembangkan saluran darah dan menurunkan tekanan.

* Calcium channel blocker

Calcium channel blocker menyekat perjalanan kalsium ke sel di saluran darah. Ini menyebabkan saluran mengembang dan menurunkan tekanan darah.

* Alpha-blocker

Alpha-blocker menyekat isyarat saraf yang menyebabkan cengkaman saluran darah.

0 ulasan

knowledge is power.

Dear friends

Women, please take note and men, please pass it on to your women friends and loved ones....

IMPORTANT

Women's Rights 6p.m. to 6a.m. ( please read)

I was talking with a lawyer friend of mine.

We were discussing the law and women`s rights.

She told me about this incident

- a young girl was raped by a man posing as a plain clothes officer; he asked her to come to the police station when she and her male friend didn't have a driver`s license to show.

He sent the boy off to get his license and asked the girl to accompany him to the police station.

Took her instead to an isolated area where the horrendous crime was committed.

Infact, the law clearly states that between 6 pm and 6am, a woman has the right to REFUSE to go to the Police Station, even if an arrest warrant has been issued against her .

It is a procedural issue that a woman can be arrested between 6pm and 6 am, ONLY if she is arrested by a woman officer and taken to an ALL WOMEN police station.

And if she is arrested by a male officer, it has to be proven that a woman officer was on duty at the time of arrest.

It is good for us to know our rights.

To what extent it comes of use remains to be seen in any situation.

But as they say, knowledge is power.

Just thought I`d share this with you.

I did not know this and am sure lot of us will not know this- please be informed.....

And pass on this info to whom all u know... ....

KORANG RASA TAK?

ADAKAH SEMALAM MALAM LAILATUL QADAR???
Ptg smlm kat tempat sz hujan lebat giler+petir+guruh berdentam dentum lagi...siap elektrik umah kitorang kena tendang lg..org ganu ckp..""jetak""...alissa pun asyik ckp "takuuuttt"...siap peluk kemas lg sz tau..dia bukan suka sgt peluk ibu dia ni...anak abah...
Nak dijadikan cerita....sz rasa lain sgt smlm...ntah tak tau nape..rasa sunyi jer...alissa pun cam jadi baik sangat..siap cium-cium ibu tanpa disuruh lagi..dah kemas2 umah..sidai kain...basuh ape yang patut naik la atas nak tidor...abah lisa dh berdengkur dah..lps iron baju breastfeed la alissa...x sampai 5minit pun dia dah lelap..
Pastu sz jenguk2 la luar rumah..sunyi sangat.rasa takut pun ada.tp mane ada hantu bulan poser..huhuhu...x kereta lalu pun masa tu.kul 10malam..biasa time-time cam ni la lori produa lalu bawak kete baru..mamat2 merempit la..waktu tu ujan renyai-renyai tau..tp sz tgk semua daun-daun pokok x bergerak langsung...statik jer..
Sz tertanya sendiri..
BETUL KE SEMALAM MALAM LAILATUL QADAR???
kalo la semalam betul malam lailatul Qadar..Alhamdulillah kerana sz dapat merasai ketenangan malam itu..

AMAT UNIK CIPTAAN YANG MAHA ESA...

khas buat abg naim


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....naper abg naim ckp lissa comot....ckp abah...

alahai anak ibu ni...

Budak kecik ni banyak ragam la sekarang...macam dia dah besar..mmg dah besar pun..

Nak sapu halaman umah ckit ni..dah nak raya ni kena la bersih-bersih...mana tau Nasya nak datang umah kan Nasya???

Esok genaplah umur alissa 1 tahun 8 bulan..Pejam celik dah besar...Dah pandai cakap dah..kuat membebel dan..garang sangat..Asyik nak marahkan orang je..kes terbaru dia buli budak umur 4 tahun..ape kes anak ibu??nak jadi gengster ke? no my darling..u are baby girl..ntah la..alissa cam berminat pada benda budak laki..mainan kesayangan dia sekarang
ni..LORI...BALL..CAR..Terbaru dia dapat trolley pasaraya..sz beli kat the store..siang malam menolak trolley tu..bila nak naik atas nak bawak trolley dia..nak mandi pun nak bawak..hehe..nakal...tu tgk la..asyik pegang je trolley dia..

bear2 ni setakat posing maut jer...dah jadi hiasan..huhuhu


Couple mickey n minnie ni auntie wani & auntie na bg kat Lissa masa besday Lissa dlu..Tp dah jadi hiasan jer...


Bear ni hadiah abah bagi kat ibu masa dorg bercintan-cintun dulu...tp skrg dah dapat kat Lissa la..Bestnyer dapat tido atas bear ni...lembut...


Koala ni kawan kije abah bagi...ada lagu bila tekan kat tangan dia..Lissa suka joget2 dengar lagu dodoi ni...
ape-apelah anak ibu..yang penting hidup cuma sekali..so..KITA ENJOY...cam penah dengar jer ayat ni erk? I Love u MyDarling...

Laci Doraemon Alissa

huarghhhh...lissa ada taring la..meh masuk laci doraemon lissa...best....buat nenek lisa (mokgal....hehe su interframe nama mokgal) meh la join lissa...

AKU BEBAS....MAIN LUAR UMAH LA,......

mai2 ikut lissa..main kat atas jalan raya...


lari...lari...abah dah kejar lissa


hiyak...hiyak...inilah jaguh olimpik taun 2020 tau...nak lumba mai la...

hai............cepat la..


lambatnyer....kang lissa tinggal...


lissa lari dulu la...tu abah dengan ibu dah kejar lissa lagi...bye....

GEJALA CHIKUNGUNYA>>

Apa itu chikungunya?

- sumber : utusan online

Penyakit demam chikungunya merupakan penyakit endemik (berlaku dengan kerap di sesuatu kawasan atau populasi, sentiasa ada) berpunca daripada virus chikungunya dari keluarga Togaviridae (genus alphavirus).

Kes pertama chikungunya direkodkan pada tahun 1952 di Tanzania, Afrika. Mendapat namanya dari bahasa Swahili, chikungunya bererti ‘melengkung ke atas’, merujuk kepada bentuk badan pesakit yang berubah seperti membongkok disebabkan menanggung kesakitan yang teramat.


Sejauh manakah kekerapannya berlaku?

Wabak chikungunya pertama kali dikesan di Afrika Timur, yang berlaku pada tahun 1952 hingga 1953. Sejurus kemudian, epidemik berlaku di Filipina (1954, 1956 dan 1968), Indonesia (1973), Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka dan Indonesia.
Sejak tahun 2003, terdapat beberapa wabak berlaku di kepulauan Lautan Pasifik termasuk Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion, dengan jumlah kes yang meningkat ketara selepas bencana tsunami pada Disember 2004.
Memetik laporan AFP, sebanyak 148 kematian (secara langsung dan tidak langsung) telah dilaporkan sehingga Mac lalu di La Reunion dengan satu per tiga daripada penduduknya yang berjumlah 777,000 jatuh sakit disebabkan oleh virus itu.
Selain insiden yang mula dikesan penularannya sejak 1 April lalu di Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak, negara pernah dilaporkan dua kali menghadapi wabak ini iaitu pada tahun 1999 di Pelabuhan Klang melibatkan 27 mangsa (majoritinya pendatang asing).
Kes chikungunya yang pertama sekali di Malaysia pernah dilaporkan sekitar tahun 1960-an.


Adakah ini bermakna, individu tertentu lebih rentan terhadap penyakit ini berbanding orang lain?

Sesiapa sahaja yang digigit oleh nyamuk yang telah dijangkiti oleh virus ini boleh mendapat penyakit chikungunya.


Cara penularannya

Chikungunya boleh dikatakan ‘bersaudara’ dengan penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah kerana ditularkan oleh pembawa yang sama iaitu nyamuk aedes sama ada aegypty mahupun albopictus.

Bezanya, jika virus denggi menyerang pembuluh darah, virus chikungunya menyerang sendi dan tulang.

Nyamuk aedes lazimnya akan menggigit seseorang yang telah dijangkiti oleh virus chikungunya dan memindahkan darah berkenaan kepada seorang mangsa lain yang sihat.


Adakah seseorang itu boleh dijangkiti oleh virus chikungunya beberapa kali seumur hidupnya?

Tidak. Mana-mana individu yang pernah dijangkiti virus ini secara semula jadinya akan membina daya ketahanan yang bertahan lama.

Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mungkin mengalami sakit sendi yang berpanjangan dari beberapa minggu ke bulan lamanya dan berulang-ulang dalam tempoh yang agak lama, disebabkan oleh reaksi sendi dan bukannya jangkitan virus.
Diagnos

Chikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.


Adakah ia boleh dirawat?

Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).

Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan banyakkan minum air dan istirahat yang cukup.

Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.


Langkah-langkah pencegahan?

Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.

Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:
* Tidur menggunakan kelambu
* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes
* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap
* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga
* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin
* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.


Tidakkah nyamuk yang membawa virus chikungunya ini turut dijangkiti oleh penyakit tersebut?

Tidak. Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.


Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?

Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.
Tempoh pengeraman

Masa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).


Gejala

Simptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius.
Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.

Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.
Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.

Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.

Jadi, kenapa perlu bimbang?

Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.

Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.

Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

TAZKIRAH RAMADHAN

Ya Allah, sediakan bagiku sebahgian daripada keluasan Rahmat Mu..Berilah aku petunjuk dengan ajaran Mu..Bimbinglah aku menuju keredhaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu...

PENYAKIT TIBI

Jurnal ni sz copy paste dari leaflet kementerian kesihatan malaysia...just for information..


APAKAH PENYAKIT TIBI?

  • Penyakit berjangkit
  • Boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan
  • Disebabkan oleh kuman Tibi Tubercle Bacili yang biasa mengjangkiti paru-paru.
  • Boleh menyerang bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang
TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI...

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak berdarah
  • Demam berpeluh
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Sakit dada bila menarik nafas
  • Mudah letih
CARA JANGKITAN...
  • Melalui udara yang tercemar apabila pesakit tibi batuk @ bersin
PENCEGAHAN
  • Dapatkan suntikan BCG bagi bayi baru lahir@semasa darjah 1 (7tahun) sekiranya tiada parut
  • Dapatkan pemeriksaan jika batuk berterusan selama 2 minggu
  • Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh keluarga pesakit.
NASIHAT AM

  • Banyakkan cahaya matahari memasuki rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman tibi
  • Pengudaraan yang sempurna di rumah
  • Amalkan cara hidup sihat



NASYA...LETS JOIN ME!!!!

kenangan kami di masjid kristal....


Kenangan Di Masjid Kristal, Terengganu

p Terawikh tak?

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?



Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese – The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang
saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... .........

Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... .......... ..

SAYANG ANAK IBU...

aksi si kecil kesayangan ibu...


my sweet memory's...

my sweetheart on 1st day...

im so hepy...lastly...

my first note...
today my 1st day i create my blog...